Punca Remaja Lari dari Rumah.
Friday, 21 December 2012 . 0 word(s) .
:) Assalamualaikum warrahmatullah bt pembaca sekalian.. Hari nie aq nak share skit isi2 karangan.. Dan termasuk juga karangan yang aku rangka.. Moga sesiapa yang baca karangan ini kalau ader kesalahan kasi komen yea..Hari ni aku bt karangan tentang REMAJA LARI DARI RUMAH..
Isi:
1) Kurangnya didikan agama
- kelalaian ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama yang secukupnya untuk anak-anak
-bertindak tanpa memikirkan kesannya
2) Pengaruh daripada rakan-rakan
- terlibat dalam hubungan cinta pada usia awal remaja.
- terlalu mempercyai rakan dan senang dipengaruhi olehnya
3) Terlibat dalam pergaulan negatif
- laman sosial..
- terpengaruh oleh ajakan rakan-rakan ]
- dikonkong oleh ibu bapa
4) Masalah Keluarga yang porak- peranda
- Remaja berasa tertekan akn keadaan di rumah..
- Remaja berasa lebih selesa berada jauh dari keluarga
Contoh Karangan..
Dasawarsa, ini sama sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunna negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini kita dapat menyaksikan isu remaja lari dari rumah yang semakin berleluasa.Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut ,punca- punca yang menujangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Pada pandangan saya , mengapa remaja sering lari dari rumah ialah kurangnya didikan agama.Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan penting dalam mendidk anak -anak. Kelalaian ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak ialah salah satu punca remaja lari dari rumah kerana kurangnya kesedaran dalam diri mereka.Jika ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang secukupnya ,anak -anak tidak akan mengenal apa itu pahala,dosa,syurga dan neraka.Anak-anak akan berasa bebas melakukan apa-apa tanpa memikirkan kesannya. Ibu bvapa juga perlu menjadi kaunselor kepada anak-anak untuk menasihati dan menangani masalah anak-anak.
Hal yang serupa mungkin akan berlaku apabila seseorang remaja menghadapi masalh keluarga yang porak peranda .Remaja akan berasa tertekan akan keadaan di rumah .Hal ini tercetus apabila ibu bapa sering bergaduh dan kurang memberi perhatian terhadap anak-anak.Akibatnya, remaja akan bersa lebih selesa berada jauh daripada keluarga.
Selain itu,pengaruh daripada rakan sebaya juga penyebab masalah remaja lari dari rumah.Pada usia muda, golongan remaja kebanyakkannya terlibat dalam hubungan cinta .Apabila kecewa dengan hubungan tersebut ,mulalah golongan remaja melarikan diri.Kita sering membaca di dada akhbar ,ada juga golongan remaja yang bertindak jauh dengan melakukan perkara sumbang yang salah di sisi agama.Apabila golongan remaja peempuan mengandung dan kekasih lelakinya tidak mahu bertanggungjawab, remaja perempuan tersebut mulalah lari dari rumah untuk mengelakkan fitnah dan memalukan keluarga. Kesemua perkara ini menyumabang kepada pembuangan bayi yang makin berleluasa. Kesia kepada bayi-bayi yang tidak berdosa..Seterusnya, terlalu mempercayai teman- teman sehinggan tidak mengambil peduli akan nasihat ibu bapa. Perkara penting yang mesti diutamakan ilah, pandai memilih rakan.Jika mahau berkawan dengan golongan remaja yang gemar sosial ini,berkawanlah tapi jangan mengikuti jejak mereka dan sebaiknya memberi nasihat demi kebaikan bersama.
Akhirnya, terlibat dalam pergaulan negatif .Hal ini demikian kerana dikongkong oleh ibu bapa.Ibu bapa seharusnya meluangkan masa bersama anak-anak dengan mendengar masalah mereka. Jangan terlalu mendesak atau memaksa anak-anak untuk turuti apa yang kita mahukan .Anak-anak akn berasa dikonkong oleh ibu bapa. Ibu bapa juga sepatutnyamengambil tahu dengan siapa anak merka berkawan dan apa aktiviti harian mereka untuk mengelak daripada golongan remaja ini terpengaruh oleh ajakan rakan-rakan.
Secara keseluruhan,ibu bapalah yang memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak selain guru-guru dan kawan-kawan di sekolah .Sentiasa pantau aktiviti harian mereka untuk mengelakkan remaja lari dari rumah..